Thursday, January 21, 2010

ASSALAMUALAIKUM


Assalamualaikum. Oh lamanya aku tinggalkan dunia blog aku ni. Atau lebih tepat lagi, aku dah lama tak online! Betapa sedih kehidupan aku kat Maran ni. Tanpa keluarga di sisi. Tanpa shopping mall di bandar. Tanpa internet di rumah. Dan lebih haru lagi, TANPA RUMAH sendiri! :(( Sedih memang sedih. Aku duduk menumpang kat rumah orang je ni. Haihhh. Bukannya aku tak cari kuarters. Dah habis aku naik turun semua blok kat kuarters guru tu. Tapi hampa. Asal 4th and 5th floor je semua rumah kosong. Takkan aku nak duduk situ sorang2 tanpa jiran sebelah menyebelah kottt. Dah la aku dengar kat situ ada macam2. Ishhhh! Sumpah aku takmau~~~ Nak balikk wehhh nak balikkkkkk!!!! :((

Rasa macam nak mintak tukar negeri terus ok! Tak tahan la. Aku boringgg sangat kat sini. Huhu. Cuma yang bestnya kat sini, aku dapat hidup udara segar tanpa pencemaran. Jadi, seharusnya kau boleh bayangkan di mana aku hidup kan. Hoohohoo. Sekolah alhamdulillah ok. Harap2 sampai aku habis berkhidmat kat sini akan terus ok lah kan. Aaamiin.

Actually last week aku baru je balik rumah ayah ibu. Ntah kenapa aku tiba2 nangis2 rasa nak balik rumah last week. Aku pun pelik. Aku fikir2 maybe sebab aku tak berapa nak sihat sepanjang minggu tu. Hmmm. So, aku pun decide balik Jumaat. Maka, siap dah barang semua aku bawak pegi sekolah. Senang, balik sekolah aku terus pecut ke Klang. Suddenly dalam pukul 11 macam tu Akak call. Berita sedih la beb. Makcik aku koma. :(( Last aku jumpa makcik aku ni ataupun lebih glamor dengan panggilan Ayong adalah masa raya puasa baru ni. Haihhh. Bila aku fikir2, mungkin ni la sebabnya tiba2 aku menangis teringat sangat kat rumah dan decide nak balik. Dengar je berita tu, aku rasa macam nak balik dan2 tu jugak la kan. Tak sabar dah ni. Tapi berlagak cool. Padahal dalam hati Allah je la yang tau perasaan aku. And finally sampai jugak masanya untuk pulang. 12.30 aku bertolak dari sekolah. Kalau ikut hati nak tekan minyak sampai habis biar cepat sampai. Tapi teringat pulak pesanan orang tersayang "Adik, jangan rush tau. Inshallah Ayong takde apa2." So, tiap kali nak laju sikit je, teringat. Tapi perut bergendang gendut pulak masa tu. Satu makanan pun tak masuk dalam perut aku sejak pagi. Mau tak lapar. Last2 aku berenti kat Genting Sempah. Drive Thru McD and rehat jap. Then, rasa segar sikit, aku bertolak terus ke Klang. Mula2 bercadang nak terus ke Hospital Banting. Tapi, ibu call pulak bagitau dah nak bawak Ayong pegi Hospital Klang. So, daripada situ aku dapat agak keadaan Ayong memang amat kritikal. Kalau tak, takkan dihantar ke Klang. Tapi ibu cakap lagi suruh aku terus balik rumah je dulu sebab ambulans tak sampai2 lagi. Ok then, aku terus ke rumah. Sampai depan rumah around 3.30pm. Haihh. Aku tak bawak kunci pulak. Duk je la dalam kereta tunggu ibu ayah sampai. Then ibu call lagi bagitau ambulans dah lepas. Aku pun apa lagi, terus je la tuju ke spital. Tunggu kat emergency.

Tak lama aku berdiri depan emergency entrance tu, ambulans dari Banting pun sampai. Aku pun terus kejar dan tanya betul ke tu makcik aku sebab aku dah tak cam dengan wayar berselirat sana sini kat muka, tangan and badan dia. :( Sedih sangat tengok keadaan dia masa tu. Dengan bantuan oksigen 100%. Nampak sangat lemah. Ibu dah bagitau aku yang Ayong kena strok sekali. So, sebelah kanan memang dah tak function. Kesiann sangat. Then, nurse mintak aku tengok kertas yang ada atas stretcher tu. Betul. Itu Ayong. ;( Ya Allah, jangan lah kau seksa Ayong macam ni. :( Then, aku tanya lagi kat nurse tu boleh tak aku ikut masuk emergency room and nurse tu cakap boleh. Maka, pergilah aku ikut diorang menolak Ayong masuk ke critical zone. Memang Ayong tak sedar. Sesekali aku nampak dia macam menahan sakit. Badan terangkat2. Sedihnyeeee. Tapi aku tak kuat nak pegi tepi dia. Aku sedih sangat. Borak2 dengan nurse, tengok diorang buat itu ini, last2 aku kena klua. Doctor suruh klua. Maka, tunggu la pulak kat luar. Keluar2 je nampak ibu, kakak2 ipar, sepupu aku, and makcik aku (adik ibu). Tunggu punya tunggu punya tunggu, Ayong dimasukkan dalam ICU wad 7B. Tak lama lepas tu, Akak pun sampai. Akak terus pergi tepi Ayong panggil2 Ayong. Nampak Ayong macam menyahut masa Akak panggil walaupun lemah. ;( Sakitnya aku tengok dia dalam keadaan macam tu. :(

Esoknya, (Sabtu) aku pegi hospital nak tengok Ayong. Masa ni nampak makin teruk. Ayong dah tak respon. Diammm je. Nampak sangat sangat lemah. Keadaan pun tak stabil. Ya Allah. Kuatkanlah semangat Ayong.

Hari Ahad, aku pergi tengok lagi for the last time. Sebab petang tu aku plan nak balik semula ke Maran. Tapi, bila tengok Ayong kali ni, aku rasa lain. Lain sangat2. Rasa macam dah takkan jumpa Ayong lagi lepas ni. ;( Sebelum balik, aku cium Ayong puas2. Tapi tak jugak puas2. Kenapa ye? Balik dari hospital, aku terus pack barang2. Hati ni berattt sangat nak balik. Tak tau la kenapa. Tapi memang betul2 taknak balik. Dalam kepala otak ni fikir yang buruk2 je. And finally aku buat keputusan untuk tak balik Maran. Aku nak balik hari Isnin. So, ok lah. Lega rasa tak payah balik. Anak Ayong yang sulong jaga Ayong malam tu. Yang bongsu kat rumah aku sama2 dengan makcik aku. Lepas Maghrib, aku ajak diorang makan. Tapi diorang cuma jawab "Nak makan? Nak pegi hospital ni." Eh kenapaaaaaaaa??? Hati aku mula dah rasa tak sedap ni. Rupanya anak Ayong yang sulong tu call bagitau, doctor minta adik beradik n anak2 Ayong datang untuk berbincang sesuatu. Diorang nak guna bendalah yang macam seterika tu. Ish! Kau gila ke apa? Sakit la Ayong dol! Masa tu Ayong dah kritikal sangat. Doctor suruh get ready sebab anytime Ayong boleh pergi. Ya Allah. Sedihnya. Tapi kalau itu lah yang terbaik untuk Ayong. Kami redha.

Tidur kami sekeluarga malam tu memang tak lena sebab takut kalau apa2 jadi. Tiba2 pukul 4.30am, phone Cik Ying bunyik. Masing2 terus terbeliak bijik mata nak tau berita. Abang Ajib bagitau Ayong dah nazak. Ya Allah, dah tiba ke masa Ayong untuk pergi mengadapMu? Bersediakah kami semua? Macam2 dalam kepala kitorang semua masa tu. Tak tau dah nak fikir apa lagi. Kalau betul masa Ayong dah sampai, semoga dia pergi dengan tenang ya Allah. Walau macamana sekalipun kami sayangkan Ayong, Allah tetap lebih menyayanginya. Akhirnya, Ayong pergi mengadap Illahi pada 4.50am hari Isnin. Al-fatihah.

Ya Allah, tempatkanlah Ayong bersama golongan mu'minin dan mu'minat. Semoga roh arwah Ayong @ Norliah binti Ahmad dilimpahi rahmat dariMu ya Allah yang Maha Pemurah. Al-fatihah.

Wednesday, December 30, 2009

:)


Ahahahahaiiii. Macam malassss je nak travel ke Terengganu dan seterusnya ke Pahang besok. Kan best kalau bukak2 mata dah ada kat sana. Wahaha. Main kelip2 mata je kan. Hehe. Esok journey akan dimulakan seawal pagi bagi mempercepatkan waktu untuk tiba ke Terengganu. Haihhh ini malam perlu tidur awal la. Ayoyoyoyoo.

Hari Jumaat pulak selepas hantar abang aku kat Terengganu tu, terus ke Pahang dan tidur untuk semalam di Kuantan. Hari Sabtu aku ada taklimat di BPT Kuantan sampai tengahari berkenaan posting. By that day inshallah aku akan dapat tau daerah mana aku akan ditempatkan. Hopefully dekattt la kan. After that, aku akan balik ke rumah semula di Klang dan mula mem'pack' barang2 aku pulakkkk for the lasttt time. Haihhh maleh maleh maleh dan maleh.

So, wish me luck untuk mendapatkan tempat berhampiran KL ok. Ya Allah, permudahkan urusanku. Aaamiin.

Tuesday, December 29, 2009

TAK LAMA DAH, TAK LAMA DAH


Ehemm. Lepas ni kebebasan aku untuk bangun kala matahari tegak di kepala adalah sangat mustahil memandangkan cuti sekolah dah nak habis. And aku pulak dah nak mula berkerja. Huwaaaaaaaaa tapi yang lagi tak bestnya, aku masih belum tau di mana aku ditempatkan kat Pahang tu. Eh nak lagi best adalah aku perlu melaporkan diri di sana SABTU INI! Ya, Sabtu ni 2nd January 2010! :((

Baru aku rasa nak melenggang kangkung bercuti di Terengganu sempena menghantar abang aku berkursus kat sana. Tup2 aku pun nak kena veramvus jugakkk. Oh no. Aku pun dah nak kena mula packing barang yang perlu aku bawak. Haiyyyaaaaaaa. Kenapa la tak bagitau awal2 ye. Kan senang kalau dapat tau awal2 tarikh lapor diri. Takde la suntuk sangat nak prepare apa2 pun ye tak? Tapi takpe lah, at least aku dapat semenanjung. Kalau Sabah dan Sarawak? Ndak tau la pa aku mo cakap ba. Terbirak mungkin aku kalau dapat tau mo pigi sana. Waahhahaha. Ok la, bye.

Saturday, December 26, 2009

ERRRKKK?


Ohooooooooo hoiiiiii! Aku tak tau apa nak melalut dalam entry kali ni. Cuma ada satu berita sahaja yang aku nak cerita. Bersediakah anda semua di luar sana? Ceh bajet artis la ni wahahahaha. Aku sebenarnya tak sabar dah nak dapat surat daripada JPN Pahang ni. Copek la copek. Aku nak tau kat mana aku ditempatkan di Pahang tu. Kot2 aku ditempatkan kat Ulu Tembeling, boleh la aku bawak tali pancing bagai buat peneman hujung minggu aku di tepi sungai nanti. Swimming suit ke kan untuk berenang2 di tepian sungai tu. Eh oiii taknak taknak. Aku nak dekat2 KL. Senangg aku balik tiap2 hari. Eh, tiap2 minggu. :P

Hmmm.. back to the title of this particular entry. Aku tercekik air liur sendiri bila ibu tiba2 je cakap kelmarin "Adik, lepas setahun keje nanti terus kahwin ye."

ERRRKKKKKK?????

Thursday, December 24, 2009

AKU DAH DAPAT POSTING!!!


Aaaaaa rasa nak menjerit oiiiiii~~~ Aku baru lepas call KPM untuk bertanya tentang posting aku. Jeng jeng jenggggg. Cuba teka aku dapat manaaa? :D Heheheh. Alhamdulillah aku dapat kat Pahang. So Pahang, here i comeeeee~~~ :D Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Sangat2 happy. Tapi, daerah mana tu aku tak tau lagi. Aku cuma diberitahu negeri yang bakal aku jelajahi. :P Tak kisah la kan. :D Kalau ke Sabah dan Sarawak pun macam best. Tapi banyak yang tak best dari best kot. Hehe. Tak dapat balik selalu tu yang tak best tu. Hurmmm. Lalalalalalalala~~ (syndrome tak boleh berhenti senyum keriangan) Syukur syukur syukurrrrr sangat2 dapat semenanjung. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusanku. Special thanks to my friends who have helped me. :) You know who you are. (kalau u baca la) I reaaaaaaallllyyyyy appreciate it. :D Thanks thanks and thanks. But sorry i can't do anything to thank you. ;)

Eh apahal aku ni? Macam dapat award je gamaknya ye. Hahaha. Siap ada speech tuuuu. Waahhaha. Eh dah lama aku tak update blog aku ni kan? So, inilah keupdatean aku untuk saat ini. :D Rahang sudah lenguh akibat syndrome senyum masih tidak lekang dari bibirku. Wahahaha. Eh ok la, kang aku ulang2 benda sama pulak. So, again Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana mempermudah urusanku. :)

Nanti dah dapat tau ke mana sekolah aku bakal terjah, aku update lagi ya nyah. Till then! :D Mmmmwahssss~~

current mood: TERLAMPAU HAPPY. (tak sabar tunggu surat daripada JPN Pahang untuk tahu location sekolah dan daerah)

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH


Assalamualaikum. Kepada semua yang beragama islam, salam Maal Hijrah. Semoga kedatangan tahun baru bakal membawa kehidupan kita semua ke arah yang lebih baik. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Marilah sama2 melakukan penghijrahan agar kehidupan kita lebih diberkati Allah. :) Salam Hijrah kawan2. :)

Sunday, December 13, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ZAWANAH A.K.A NONA


Tahniah tahniah dan tahniah kerana segala yang diimpikan telah tercapai. :) Cuma tinggal satu langkah lagi untuk menjadi isteri yang sah pada Mr. Y nya. :) Selamat menempuh alam pertunangan. Semoga hubungan yang dibina diredhai Allah SWT. Ada beberapa keping gambar yang sempat aku amik sepanjang majlis. Tapi maaf, kualiti adalah sangat tidak memuaskan kerana kestupidan aku menghandle phone camera. :D Hehe. Camera phone je pun. Haruslah tak berapa cantik seperti dg cam atau dslr kan. Ok, mari kita saksikannya!

Sebelum majlis bermula. Amik gambar ramai2 dulu.

Setelah bergelar tunangan orang. :)

Pengantin sehari. Hehe.

Bersama Mr. Y yang dicintai. Berpeluh nampak? Gemuruh kah? ;b

Angle lain pulak. :) Lebih clear.

Ya kami lagiiii. :D

Ajlaa bersama pengantin. Hehe.

Masih Ajlaa lagi. :)

Ok, turn Lynn pulakk.

Sekali lagi pliss.

Fiza pulak. :)

Eh si gemuk pulakkkk.

Si gemuk lagiii.

Aku rasa pelamin itu cantik dan sangat indah kerana simple. I loikee!

Menyemak lagi. Hehe.

Yang ini pun mahu jugeee. :P

(T__T) Lihat sajalah.

Tinggal aku dengan Lynn. Ain pegi solat. Lagi dua orang sudah pulang.

Ok last shot i promise!
Kesimpulan: Seronok tengok kawan2 bertunang. (aku ntah bila laaaaa) Apa2 pun, tahniah la ye Cik Non. Kau nampak sweet dengan baju hasil tangan sendiri. :) Lepas ni boleh la bukak kedai. Hehe. Semoga berbahagia selalu. Eh Ain, gambar kau berdua dengan Zawanah aku takde. Sorry. Till then, bubbye!